Sejarah Ringkas Siaran Radio Di Tawau Sejarah siaran radio ditawau bermula pada 15 Februari 1964 apabila siapnya pembinaan stesen pemancar radio di Tawau berikutan perkembangan siaran radio di Sabah yang bermula pada tahun 1939. Pada masa tersebut fungsi stesen pemancar radio di Tawau hanya sebagai medium siaran rancangan-rancangan radio yang disiarkan dari Kota Kinabalu. Selaras dengan perkembangan pesat radio serta permintaan masyarakat setempat, pada 31 0gos 1987 stesen pemancar radio Tawau mempunyai siarannya sendiri dan bermula dari saat itu berkumandanglah siaran Radio Malaysia Tawau menerusi Gelombang Sederhana (MW) 747 Kilohertz. Memandangkan siaran menerusi MW 747 KHz hanya dapat diikuti di beberapa kawasan sahaja dan kemunculan siaran FM Stereo yang lebih jelas, maka pada 26 Ogos 2003 siaran Tawau fM telah dinaik taraf kepada FM Stereo menerusi frekuensi 100.1 Megahertz dengan kekuatan 1 Kilo Watt yang dapat didengar di seluruh Tawau termasukSemporna, Kunak, Lahad Datu dan sebahagian kawasan di negara jiran. 31 Ogos 1987 - Radio Malaysia Tawau FREKUENSI Sebahagian kawasan Lahad Datu 1 Kilo Watt / 100 Watt Sekitar kawasan Kunak Sekitar kawasan Lahad Datu Sebahagian kawasan Kinabatangan 1 Kilo Watt / 100 Watt Sekitar kawasan Felda Sahabat 100 Watt |