Ingin mendapatkan motivasi minda dan agama? Rancangan Minda akan disiarkan setiap hari selepas berita Tawau Fm kira-kira pukul 7:50 pagi. Jangan lupa ikuti rancangan Iqra setiap hari Khamis 5:20 minit petang. Pendengarkan bacaan anda bersama Yang Berbahagia Ustaz yang bertugas pada masa itu sehingga menghampiri 6:00 petang. Bagi mereka yang mempunyai kemusykilan Agama, ikuti Kemusykilan Agama pada setiap hari Jumaat, 5:20 petang dan banyak Lagi...
 
Ikuti beberapa segmen bahasa yang telah disusunatur oleh Tawau Fm. Santun Bahasa Melalui Peribahasa dapat diikuti setiap hari 7:35 pagi dan siaran ulangannya pada 5:15 petang. Sepatah kata, terbitan bersama Dewan Bahasa dan Pustaka, Cawangan Sabah dapat diikuti pada 10:00 pagi dan siaran ulangannya pada 3:10 petang. Kata-kata Hukama' dirangkum di dalam Kata-Kata Hikmah yang disiarkan setiap hari jam 2:30 petang dengan siaran ulangannya pada 06:00 petang/ Untuk mereka yang ingin berpantun, boleh menyertai talian interaktif pantun pada setiap hari Ahad jam 08:15 pagi hingga 10:00 pagi.
     
 
Layan lagu-lagu berirama ROCk, dalam ruangan Janji Rock setiap hari dari Jam 12:00 tengahari hingga 02:30 petang. Pilih lagu-lagu yang telah disediakan setiap hari Isnin hingga Rabu dalam Seleksi pada jam 05:15 petang hingga 06:00 petang. Aliran turun naik lagu dapat diikuti setiap hari Sabtu jam 02:00 petang hingga 03:00 petang melalui Hitzs RMTFM 2010 dan banyak lagi...   Untuk bersama dengan kami sepanjang bersiaran, anda boleh menghantarkan SMS anda melalui 32776 dengan cara taipkan RMTFM <nama dan lokasi> <dedikasi> dan hantar ke 32776. Anda juga boleh menghubungi 089-778243 untuk berinteraksi dengan DJ. Tunggu isyarat panggilan mereka untuk bersedia membuat panggilan. Respond idea-idea anda melalui email kami di respond@tawaufm.gov.my. Terus bersembang-sembang dengan kawan dari seluruh dunia melalui Laman Chat yang disediakan. TERKINI! anda boleh bersama kami melalui FaceBook dengan membuat carian Tawau FM Pilihan Anda...
     
 
Untuk menyediakan pendengar dengan maklumat ikuti Berita Tawau Fm pada pukul 07:45 pagi dan 03:00 petang setiap hari. Rancangan Interaktif yang mempendengarkan Jabatan-jabatan Kerajaan dan Berkanun ditemubual secara 'live' setiap hari Khamis 02:30 petang. Maklumat-maklumat semasa juga turut disampaikan oleh DJ-DJ yang bertugas bagi memaksimakan maklumat dalam dan luar daerah Tawau...   Suatu medium memaksimakan keuntungan melalui Radio Malaysia Tawau FM kerana Tawau FM dapat didengar sehingga di Sandakan. Untuk mengiklan, sila hubungi 089-773397 atau menghantar faksimili anda di 089-764697. Bagi mereka yang tinggal berdekatan, bolehlah terus datang ke Radio Malaysia Tawau Fm, Peti Surat 606, Jalan Chong Thien Vun, 91008, Tawau, Sabah.
     
 

hakcipta terpelihara 2010. PENAFIAN: Tawau Fm tidak bertanggungjawab jika berlaku kerosakan atau kehilangan data pada komputer anda apabila melayari laman sesawang ini.