Sugiman Bin Rafai
(sugiman@tawaufm.gov.my)

Berasal daripada Sandakan Sabah,
sudah berkeluarga dan mempunyai 2 cahaya mata.
Saya ni suka sangat dengan aktiviti rekreasi luar seperti navigasi darat, mendaki tembok dan berkhemah. Sebab itulah kulit saya tak pernah cerah. Saya juga aktif dalam aktiviti Pengakap.
Berkhidmat di RTM ni dah masuk 12 tahun (1996-2005 di RTM Sandakan dan 2005-sekarang di RTM Tawau) masa kat Tawau fm ni lah orang gelar saya DJ GABAN sebab sayalah orang yang suka main lagu tu. Kalau nak cerita tentang pengalaman kerja di RTM ni, apa-apa yang berkaitan dengan radio kira semua dah rasa....... kecuali ulasan langsung acara sukan. Yang tu masih belajar lagi.
Masa rehat......... ni yang susah ni sebab kalau ada masa rehat, masa tu lah yang saya guna untuk luangkan bersama keluarga. kalau tidak, dengan aktiviti luar atau mengadap komputer.
Prinsip Hidup, Mesti berani kalau mau berjaya.

sugimanrafai@gmail.com / sugimanrafai@hotmail.com

<<<<<<<
Mak dan bapa saya
<<<<<<<<
Mak, bapa mertua dan adik ipar serta dua anak tersayang Syamirul Ikhwan dan Syamirul Aiman


Dj Ramlah
(ramlah@tawaufm.gov.my)
Lawat Blog : http://kaklang1169.blogspot.com/
Nama Sebenar :Ramlah @ Ranlah Bte Othman
Tapi kawan-kawan selalunya memanggil Ram saja. Di radio pendengar suka memanggil nama Kak Lang saja. Di lahirkan 11.11.1969 ( dah otai la...). Lahir, dibesarkan dan tinggal sampai sekarang di Kg.Tg Batu Darat. (tapi orangnya tak kepala batu). ketinggian 5 kaki 3 inci dan berat pula....(bolehla....) saya senang sekali dengan warna-warna yang ceria dan boleh membangkitkan mood saya termasuklah warna baju yang saya pakai dalam gambar tu. Hobi ialah mengumpul koleksi jam tangan dan aksesori (harga murah dan sedikit mahal). Prinsip diri "orang lain boleh buat..akupun boleh buat". Sudah berkahwin dan ada tiga orang hero yang handsome-handsome.(macam bapa nya daa...)
Penglibatan dalam dunia penyiaran, bermula menjadi penyampai secara sukarela dalam program KPP (Kumpulan Pendengar Pembaca) tahun 1989. Tiga tahun kemudian berkhidmat sebagai artis berjadual. kemudian 3 tahun kemudian ditawarkan perkhidmatan kontrak dan tahun 2001 akhirnya mendapat jawatan Penerbit Rancangan B17 secara tetap sehingga sekarang.
Apapun hidup mesti happy barulah hati senang selalu....senyummmm...mmmmm!!


Dj Normah
(normah@rtm.gov.my)


Nama sebenar saya Normah Bt. Hj. Tohing tapi kawan-kawan disini selalu panggil Kak Long dilahirkan di Tawau juga pada 22 Mei 1966. Antara yang paling lama di Tawau fm ini. Mula bertugas pada 1.11.1986 ketika itu berusia 20 tahun (masih anak dara sunti ketika itu...!) Pernah bertugas sebagai Pembantu Penerbitan di Media Elektronik & Penerbitan JAKIM (MEPs) Kuala Lumpur dari tahun 1993 hingga 1997 kemudian berpindah ke Sabah fm dari tahun 1997 hingga 2001. Kembali bertugas di Tawau fm pada 16 Ogos 2001. Dah berkeluarga. Selain bertugas di udara, saya juga berminat masak-memasak. apa saja yang anda mahu makan boleh tempah dengan saya. Orang suka makan kuih lenggang & kasui buatan kak Normah !!! Orang Tawau yang pandai masak nasi dagang & nasi Kerabu saya lah jugak.
Dj Annieyss
(annieyss_ahwang@yahoo.co.uk)

Pada 22 Oktober 1980 daerah Tawau menunjukkan peningkatan penduduknya dengan lahirnya seorang bayi perempuan yang diberi nama Niswani Ahwang. Tapi sekarang sudah besarlah, usia pun meningkat tahun demi tahun hehehe...saya la tu. Saya ni anak pertama daripada dua orang adik beradik. Memandangkan ingin mendapat ilmu pengetahuan saya melanjutkan pelajaran sehingga ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media (Wartawan). Lagi satu saya ni minat dalam bidang kesenian terutamanya menari (berlakon sikit-sikit la. hehehe...) dari kecil lagi. Saya ni yang paling JUNIOR la di dalam RTM Tawau.Mula-mula kerja saya ditempatkan di Unit Pemasaran menguruskan iklan dan yang terbaru di Unit Berita. Saya ni suka berjalan-jalan (melancong la) kata orang mau tambah pengalaman dan tengok tempat orang.Kalau cerita pasal hobi pula, saya ni suka membaca buku terutamanya komik Detektif Conan hehehe...Selain itu, saya suka mengumpul duit syiling 50 sen (memandangkan syiling RM1 sdh dimansuhkan).

Dj Akhiey (abdullah@tawaufm.gov.my)

Mula berkhidmat mei 2005. Sebelum ini bertugas sebagai juruteknik komputer. antara kerja aku masa tu, multimedia programming (Authorware:Storyboard), database Programming (dbase III Plus, microsoft Access, Visual basic 4, active server page, visual basic application(VBA), macro), server (webserver, email server, chatting server, broadcasting video/audio) selain daripada program aplikasi. Selain itu, masa kejer komputer, servis komputer yang paling favourate aku buat. antara yang boleh aku tunjuk terror aku antaranya Disk operating system 4.x hingga sekarang DOS console, sedikit linux, network trouble shooting, network cabling termasuklah crossover. Itu semua citer pasal komputer.

Pendidikan takder setinggi langit yang membiru kadang² jadi hitam kalau nak hujan. "i" takat tingkatan 6. pastu sambung belajar dapatlah pada tahun 1999 (Dip. In Banking), 2002 Dip. Computer Application 1st Gred, Dip. Electronic Medication 2005, MD. Electronic Medication Colombo 2007.

"any" hal nak jalan², boleh ke akhiey.multiply.com atau akhiey.blogspot.com pastu.. pastu tree, pastu for pastu lawatlah... hua..hua..hua...

 

Dj Zee
(fauziah@tawaufm.gov.my)


Salam... zee keudara lagi... amacam best tak sepanjang anda melawat laman web Tawaufm nie... terima kasih la tak jemu-jemu terus bersama kami.. Awal tahun 2008 ni memang cukup mencabar, macam-macam cabaran dan dugaan terpaksa ditempuhi, tapi itulah kehidupan namanya, tak sah tanpa cabaran ibarat mandi tak guna sabun la tu ehe.. dan yang paling besar bagi zee setakat ini Cabaran Bintang Bakat Cilik 2008.
Ha..sedar tak sedar Bintang Bakat Cilik Tawau fm tiba lagi dan dah masuk musim ke 3.. bulan Mac ini merupakan bulan pertama persaingan bermula... nak tahu siapakan bakal Juara Bintang Bakat Cilik Tawau fm 2008? pastikan anda bersama kami setiap Sabtu jam 9.15 pagi, tapi besar sgt harapan zee agar semuanya berjalan lancar dan sebaik mungkin... yang paling penting sokong daripada anda semua amatlah kami harapkan untuk merealisasikan apa jua yang diimpikan.... salam sayang daripada DJ Zee untuk anda semua senyumlah semoga hari ini adalah hari yang paling ceria seceria senyuman anda......! : )

 




Dj Mas (masniah@tawaufm.gov.my)

Ibu bapa saya pandai sangat walaupun time tu zaman 50 an....apa taknya saya lahir hari krismas, mereka namakan saya Masniah Djaman...betulkan?...ada Mas di permulaan nama yang buat semua orang panggil saya dengan nama tu. Tapi peliknya mak bapa panggil saya dengan nama yang langsung tak ada kait mengait...Yong. Ok cukup pasal itu. Saya ni kira 'tertua' di Tawau FM ..pasal apa saya adalah kakitangan pertama RTM Tawau tahun 1985.Selain menjadi penyiar, DJ lah tu...saya juga kini ditempatkan di Unit berita. Rasanya tak ada kerja yang paling seronok, melainkan di TawauFm...itu pendapat saya lah. Dulu-dulu saya pernah menerbit rancangan pentas, tapi semenjak dua menjak ni...saya dah letakkan diri di belakang tabir.
Rancangan terbitan kini, Info Pengguna, Peribahasa dan Ingin Tahu disamping menyelia di bahagian Berita untuk sementara. Masa lapang?...saya suka berkemas...dulu ada cita-cita nak jadi penghias dalaman tapi tak kesampaian maka jadilah pengemas di rumah sendiri.Selain tu saya juga suka memancing. Tu je laa....


Dj Tamrin (tamrin@tawaufm.gov.my)

Hah jangan cemburu dengan senyuman saya ni. Ini lah yang dinamakan senyuman cari makan. Hensem tu memang lah tiada tapi manis tu memang terserlah.
Masa di sekolah dulu saya memang suka membakar. Bukan bakar sekolah la... bakar ikan masa jadi ahli Persatuan Pengakap. Kemahiran itu lah yang membuatkan saya ingin jadi taukeh ikan bakar nanti.
Tugas konti ni nombor 2 bagi saya sebab tugas utama saya ialah pemberita. Jadi jangan hairan dan komplen kalau cari kat pejabat orang kata saya keluar. Yealah manalah ada story tuk berita kalau tak cari di luar kan?.
Cuba teka..... saya ni sudah kahwin ke belum.