FM100.1MHz (Tawau-Semporna)        FM93.6MHz (Kunak-Lahad Datu-Bukit Garam-Beluran-Sandakan)                FM99.1MHz (Felda Sahabat Lahad Datu)
Sejarah Ringkas Siaran Radio Di Tawau

Sejarah siaran radio ditawau bermula pada 15 Februari 1964 apabila siapnya pembinaan stesen pemancar radio
di Tawau berikutan perkembangan siaran radio di Sabah yang bermula pada tahun 1939.  Pada masa tersebut
fungsi stesen pemancar radio di Tawau hanya sebagai medium siaran rancangan-rancangan radio yang disiarkan
dari Kota Kinabalu. Selaras dengan perkembangan pesat radio serta permintaan masyarakat setempat,
pada 31 0gos 1987 stesen pemancar radio Tawau mempunyai siarannya sendiri dan bermula dari saat itu
berkumandanglah siaran Radio Malaysia Tawau menerusi Gelombang Sederhana (MW) 747 Kilohertz.
Memandangkan siaran menerusi MW 747 KHz hanya dapat diikuti di beberapa kawasan sahaja dan kemunculan
siaran FM Stereo yang lebih jelas, maka pada 26 Ogos 2003 siaran Tawau fM telah dinaik taraf kepada
FM Stereo menerusi frekuensi 100.1 Megahertz dengan kekuatan 1 Kilo Watt yang dapat didengar di seluruh
Tawau termasukSemporna, Kunak, Lahad Datu dan sebahagian kawasan di negara jiran.

Sebutan nama stesen radio di Tawau juga mengalami evolusi penjenamaan :-
31 Ogos 1987 - Radio Malaysia Tawau
Tahun 1997 - Radio Malaysia Sabah Siaran Dari Tawau
Tahun 2000 - Radio Malaysia Tawau
07 Ogos 2005 - Tawau fM
01 Jun 2009 - Radio Malaysia Tawau fm

Kini Tawau fM terus mengorak langkah seiring dengan pembangunan negara dengan adunan
rancangan-rancangan yang berkualiti disiarkan dan terus berfungsi sebagai
"Community Radio" bagi menepati aspirasi rakyat.

FREKUENSI
KAWASAN
KEKUATAN PEMANCAR
100.1 MHz
Sekitar kawasan Tawau
Sekitar kawasan Semporna
Sebahagian kawasan Kunak
Sebahagian kawasan Lahad Datu
1 Kilo Watt / 100 Watt
93.6 MHz
Sekitar kawasan Kunak
Sekitar kawasan Lahad Datu
Sebahagian kawasan Kinabatangan
Sebahagian kawasan Sandakan
1 Kilo Watt / 100 Watt
99.1 MHz
Sekitar kawasan Felda Sahabat
100 Watt